fbpx

Covid-19 rencatkan rancangan Haas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAAS berdepan masalah menyiapkan jentera mereka ekoran kakitangan Ferrari tidak dapat memasuki England akibat sekatan perjalanan. – AFP

LONDON – Pandemik Covid-19 nyata menimbulkan banyak masalah termasuk yang dihadapi pasukan Formula Satu (F1) Haas apabila mereka berdepan kesulitan menyiapkan jentera menje­lang sesi ujian pramusim pertama di Bahrain pada 12 hingga 14 Mac ini nanti.

Persiapan dua pelumba baharu Haas, Mick Schumacher dan Nikita Mazepin terganggu kerana pasukan milik Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah memasang enjin pada jentera VF-21 yang dibangunkan mereka.

Haas menggunakan unit kuasa keluaran Ferrari menyebabkan mereka memerlukan kepakaran dan alat ganti daripada pasukan berpangkalan di Maranello, Itali itu untuk memastikan enjin tersebut mampu beroperasi.

Berikutan sekatan perjalanan yang berlaku di United Kingdom ketika ini menyebabkan kakitangan Ferrari gagal untuk berlepas ke pangkalan pasukan Haas bagi membantu pasukan itu me­nyiapkan jentera mereka.

“Jentera VF-21 pasukan Haas hampir siap dan boleh bero­perasi pada pertengahan Februari ini, namun ia gagal untuk direalisasikan kerana pasukan teknikal Ferrari tidak dapat datang untuk menyelesaikan beberapa masalah yang timbul.

“Mereka tidak boleh masuk ke negara ini berikutan sekatan perjalanan dari Itali ke United Kingdom. Ujian pramusim semakin hampir dan pasti memberi masalah kepada pasukan Haas,” kata sumber dalaman pasukan tersebut.

Ketua pasukan Haas, Guenther Steiner turut terperangkap di AS dan terpaksa menjalani kuarantin dua minggu jika ingin berlepas ke England.

Pasukan dari AS kini memin­dahkan operasi mereka ke tempat baharu, Banbury, United Kingdom menyebabkan mereka tertakluk kepada peraturan perjalanan kerajaan negara itu.

Sesi ujian pertama sepatutnya diadakan di Barcelona, Sepanyol pada 2 hingga 4 Mac depan namun berikutan pandemik ­Covid-19 ia dibatalkan dan diadakan di Bahrain.

Perpindahan lokasi tersebut menyebabkan semua pasukan terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan jentera masing-masing dan mereka perlu tiba di Bahrain pada 4 Mac ini nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI