fbpx

Bekas pembantu tadbir kewangan didakwa pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nuhairi dibawa ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah hari ini.

TELUK INTAN – Seorang bekas pembantu tadbir kewangan di Pejabat Kesihatan Batang Padang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM11,535 empat tahun lalu.

Tertuduh, Nuhairi Idris, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang hasil kutipan harian Klinik Kesihatan Sungkai berjumlah RM11,535.

Dia didakwa melakukan kesemua 13 kesalahan itu di Unit Hasil Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang di Tapah antara 25 Januari hingga 20 Jun 2017.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan dengan sebat, dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Amir Khusyairi Mohd. Tanusi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI