JOHOR BAHRU – Seramai 17 ahli sindiket dipercayai terlibat dalam kegiatan Macau Scam sejak Januari tahun lalu diberkas dalam satu operasi di sebuah rumah yang dijadikan pusat panggilan (call centre) di Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun.
Mereka ditahan ditahan selama empat hari bermula hari ini sehingga 6 Februari depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE