fbpx

‘Ukur baju di badan sendiri’, Nedim pernah tolak pangkat Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEDIM Nazri dan isterinya, pelakon Nora Danish.

PETALING JAYA – Suami kepada pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri Aziz berkongsi pendapatnya tentang penganugerahan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk dalam satu hantaran Twitter miliknya.

Menurut Nedim, dia mengakui pernah menerima tawaran pangkat Datuk namun menolaknya kerana berasa belum layak untuk menerima gelaran tersebut.

“Jadilah macam KJ (merujuk kepada Khairy Jamaluddin) tanpa sebarang gelaran Datuk walaupun dia layak menerima gelaran tersebut berbanding individu lain yang saya kenali.

“Saya telah banyak kali ditawarkan (gelaran Datuk) tetapi saya menolaknya kerana tidak mempunyai jasa yang banyak terhadap negara,” ujarnya.

Kata anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz itu lagi, seseorang yang menerima gelaran Datuk itu perlu sedar jasa diri masing-masing kepada negara sebelum menerima penganugerahan tersebut.

“Saya sedar diri ini tidak layak walaupun sedikit pun. Ukurlah badan kita,” katanya.

Rata-rata pengguna Twitter menyokong kenyataan yang diberikan Nedim dan bersetuju dengan apa yang dia katakan.

“Setuju! Bukan acah-acah kenyataan ampu terus dapat Datuk,” kata salah seorang pengguna Twitter.

Semalam, seramai 335 individu telah menjadi penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Antara individu yang menerima penganugerahan tersebut termasuklah penyanyi Nora Ariffin, Yusry Abd. Halim (KRU) dan penulis lirik, Habsah Hassan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI