PETALING JAYA – Satu video berdurasi 59 saat tular di media sosial apabila seorang penghantar makanan menjadi mangsa kejutan individu tidak bertanggungjawab berikutan perlu menghantarnya ke tanah perkuburan.
Menerusi video dimuat naik oleh @khuzaimie_lemat3 di laman sosial Tiktok, dia meluahkan rasa kekecewaannya setelah menjadi mangsa gurauan tersebut.
Di dalam video itu, dia menunjukkan tempat di mana perlu menghantar makanan kepada pelanggan dengan menunjukkam sebuah tanah perkuburan tanpa ada orang di situ.
“Saya pun tengah pening, perkara pertama saya hubungi pemesan makanan dan tidak berjawab, keduanya, lokasi di tanah perkuburan yang tiada orang langsung,” katanya.
Dia juga berharap agar kejadian tersebut tidak berulang lagi kepada penghantar makanan lain.
Sehingga pukul 2 petang, video tersebut mendapat lebih 14 ribu tontonan dan dikongsi oleh 105 pengguna Facebook. -K! ONLINE