fbpx

Warga emas nyaris maut terkena tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di restoran inilah seorang warga emas terkena tembakan kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas nyaris maut selepas terkena tembakan pada anggota badan di restoran miliknya di Taman Tun Dr. Ismail di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 69 tahun ditembak ketika sedang membersihkan dapur di restoran tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa telah membuat laporan polis hari ini sekitar pukul 12.19 tengahari memaklumkan dia telah ditembak.

“Sewaktu sedang membersihkan dapur restoran berkenaan, mangsa tiba-tiba  merasa sakit pada bahagian ketiak dan mendapati terdapat kesan luka.

“Pada masa sama, dia ternampak sebutir besi yang menyerupai anak peluru berhampiran kakinya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, jelasnya, mangsa telah pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI