fbpx

Warga asing pakai gelang putih beli barang di kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yang ditahan selepas ingkar perintah HSO dalam kejadian di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Tular di laman sosial gambar beberapa orang warga asing memakai gelang putih membeli barangan di kedai runcit di Taman Kota Jaya di sini hari ini sehingga menimbulkan kegusaran dikalangan orang awam.

Difahamkan hasil rondaan dilakukan pasukan pemantauan Covid-19 telah berjaya menahan seramai empat lelaki dan sembilan wanita di sekitar kawasan rumah kedai di kawasan taman berkenaan.

Kesemua mereka yang sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) berada di kawasan tersebut selepas selesai menjalani ujian calitan di sebuah kilang berkaitan Kluster Jalan Lombong dan kemudiannya telah dipakaikan gelang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat kejadian itu.

“Info ada diterima. Pasukan pemantauan Covid-19 dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah hadir ke lokasi.

“Hasil semakan dapati warga asing berkenaan telah dibuat saringan swab test pada ketika itu dan hadir ke kedai runcit untuk membeli persiapan makanan bagi tujuan kuarantin sebelum diarahkan balik ke rumah masing-masing,”katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya susulan itu rondaan diteruskan pasukan pemantauan bagi memastikan kesemua HSO berkaitan Kluster Jalan Lombong itu untuk terus ke alamat kuarantin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI