PETALING JAYA- Telefon bombit Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipercayai digodam sejak awal pagi ini.
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan laporan polis akan segera dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi talian telefon bimbit tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE