fbpx

Sistem pertahanan, laman web negara selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Anonymous Malaysia yang menyatakan mahu melakukan serangan siber dikenali #OpsWakeUp21.

PETALING JAYA – Sistem pertahanan negara dan laman web kerajaan ketika ini diyakini berada dalam keadaan selamat daripada serangan penggodam, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Jelas Ismail Sabri, buat masa ini tiada insiden penggodaman yang berlaku terhadap sistem kerajaan dan berada dalam keadaan selamat.

“Di bawah kementerian, tidak ada (insiden penggodaman) dan kita harap kementerian akan terus selamat daripada digodam,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat tinjauan sekatan jalan raya (SJR) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas lanjut mengenai ancaman serangan kumpulan penggodam yang dikenali Anonymous Malaysia terhadap beberapa laman web milik kerajaan.

Terbaharu, kumpulan tersebut mendakwa menggodam laman web milik kerajaan negeri Sabah, Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (Nasca) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.

Pada 2015, media melaporkan polis menahan tiga individu dipercayai terbabit memuat naik klip video di laman YouTube bertajuk, We Will Blast Malaysia.

Penahanan itu ekoran video berdurasi 1 minit 28 saat menggunakan nama Anonymous Malaysia yang memaparkan insiden letupan bom di Bangkok, Thailand dan mendakwa akan membuat tindakan sama di negara ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI