fbpx

Saya bukan pilihan pertama – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD ZAINAL

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal mendedahkan bahawa dia bukanlah pilihan pertama pengarah drama, Takdir Yang Tertulis, Shahrulezad Mohameddin untuk memegang watak utama Juweta.

Hal tersebut turut berlaku untuk satu lagi watak utama iaitu rakan baik Juweta, Ruhila yang dilakonkan oleh Elvina Mohamad.

Kongsi Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, dia mendapat tahu bahawa pelakon Mimi Lana sebenarnya merupakan pelakon asal untuk watak berkenaan.

Bagaimanapun, Mimi terpaksa menolak tawaran berkenaan pada saat akhir sebelum watak tersebut kemudian diberikan kepadanya.

“Kalau siapa tengok Instagram Abang Ejad (Shahrulezad), memang dia ada beritahu siapa yang sebenarnya bawakan watak itu.

“Memang Mimi patutnya masuk set tetapi pada saat akhir dia tarik diri. Kelakar juga sebenarnya sebab Mimi ada cerita kepada saya tentang drama ini, alih-alih saya yang ambil watak dia. Itulah dinamakan kalau dah rezeki,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Tambahnya lagi, dia banyak kali berfikir sebelum menerima tawaran berkenaan kerana watak Juweta sama dengan watak Mona yang dibawakannya dalam drama Hati Yang Tersakiti.

“Sebenarnya saya berdebar juga jadi pilihan terakhir. Sebab pengarah mesti dah ada bayangan macam mana watak ini mahu dibawa oleh pilihan asal.

“Lagipun watak ini sama sahaja dengan Mona dalam Hati Yang Tersakiti. Jadi saya tidak mahu ada pengulangan watak,” katanya.

Dedah Nad lagi, sebenarnya dia merupakan pilihan pertama rumah produksi Radius One Sdn. Bhd. untuk membawa watak Juita dalam drama fenomena, Nur 2.

Bagaimanapun, atas alasan yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa melepaskan tawaran tersebut sebelum diberikan kepada pelakon Azar Azmi.

“Awal-awal dahulu, mereka suka keserasian saya dengan Syafiq Kyle dalam telemovie Syirik. Jadi mereka lamar saya untuk watak itu.

“Akhirnya tak jadi. Tapi percaturan Allah itu cantik. Tak jadi Juita (Nur 2), jadi yang ini. Kalau sudah diberi rezeki, buat sahaja sehabis baik. Tidak kisahlah pilihan pertama ataupun bukan.

“Jangan rasa tersinggung atau terguris. Itu rezeki namanya. Saya sendiri pun pernah disingkir daripada membintangi sebuah filem. Apa yang saya belajar, sentiasa sabar dan yakin walaupun perit,” ujarnya.

Takdir Yang Tertulis yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam menerusi slot Samarinda TV3 membariskan barisan pelakon popular seperti Nazim Othman, Didie Alias, Alvin Chong dan Iman Suhana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI