fbpx

Resipi diet Ailee dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AILEE

PENYANYI Ailee baru-baru ini berkongsi rahsianya mengamalkan diet dengan mengambil pemakanan yang cukup ringkas.

Menerusi resipi diet yang diamalkannya, penyanyi itu berkongsi menu berupa udang yang dimasak dengan minyak zaitun, bawang putih cincang, daun bawang, mi tofu, sos teriyaki dan bijan.

“Resipi ini sangat mudah dan ringkas. Nikmati makanan ini sebagai makan malam yang ringan. Bagus juga untuk makanan ringan tengah malam,” tulisnya dalam satu perkongsian Instagram.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan perkongsian penyanyi itu kerana menyifatkan resipi yang dikongsikannya boleh menggemukkan.

Tidak melenting dengan kritikan netizen, Ailee berlapang dada dan menjawab dakwaan tersebut dalam nada tenang.

“Tidak mengapa kalau berat badan naik, asalkan kita gembira,” katanya.

Sebelum ini, Ailee dikenali sebagai artis yang berjaya menurunkan berat badan secara drastik iaitu 10 kilogram (kg) dalam masa sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI