fbpx

Program Pertanian Bandar untuk gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan gelandangan yang diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada kehidupan di kaki lima akan menyertai program Pertanian Bandar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, program Pertanian Bandar atau “Urban Farming” itu antara konsep baharu yang diperkenalkan bagi membantu golongan tersebut.

“Dulu kita salurkan mereka bekerja di kilang-kilang dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak mahu bekerja (di kilang-kilang), kita akan buka ladang dibawah program “Urban Farming”.

“Kita sedang mengusahakan konsep baharu ini. Tempat baru ini boleh menempatkan antara 100 sehingga 200 gelandangan. Selain itu mereka boleh juga bekerja menjaga kebersihan bandar,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya melalui laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.

Annuar berkata, beliau menyedari kewujudan semula gelandangan di ibu negara selepas program menyelamatkan mereka dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Menurut beliau, golongan itu tidak mahu berhijrah ke tempat lain untuk membina kehidupan baru kerana mahu terus berada di Ibu negara.

“Saya telah mengarahkan (DBKL) selamatkan mereka ini beberapa hari lalu. Seramai 200 orang telah diselamatkan dan ujian saringan mendapati 10 daripada mereka positif Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI