fbpx

Penerbangan ihsan TUDM bantu pesakit jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat angkut C130H dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang yang digunakan untuk membawa dua pesakit cilik yang perlu menjalani pembedahan hari ini.

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan dari Kuching, Sarawak ke Pangkalan Udara Subang bagi menjalani pembedahan jantung dengan segera di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TUDM, penerbangan ihsan tersebut menggunakan pesawat angkut C130H dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Katanya, pesawat tersebut berlepas dari Kuching pada pukul 1.36 petang dan selamat tiba di Subang pada pukul 3.39 petang sebelum kedua-dua pesakit dibawa menaiki ambulans ke IJN.

“Ini memperlihatkan keprihatinan dan komitmen TUDM dalam menunaikan tanggungjawab sosial serta sentiasa bersedia untuk mengoperasikan aset-asetnya pada masa yang diperlukan.

“Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kedua-dua pesakit berkenaan menerima rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan,” jelas kenyataan itu hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI