fbpx

Malaysia pandang serius keadaan di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Luar Negeri semalam menggesa tentera Myanmar dan semua pihak yang berkaitan untuk mengutamakan keamanan di Myanmar.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, sebagai jiran terdekat dan anggota ASEAN, Malaysia terus menyokong keamanan dan kestabilan demi kemajuan dan kemakmuran rantau ini termasuk Myanmar.

“Malaysia memandang serius akan perkembangan terkini di Myanmar hari ini. Malaysia menyeru tentera Myanmar dan semua pihak yang berkaitan untuk mengutamakan keamanan di Myanmar, menegakkan kedaulatan undang-undang dan berdialog mengenai percanggahan secara aman.

“Malaysia menegaskan sokongan kuat terhadap peralihan demokratik, proses perdamaian dan pembangunan ekonomi inklusif,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah kenyataan itu katanya, kesatuan yang dicari oleh rakyat Myanmar terus bergantung kepada kesepakatan yang dicapai dalam kalangan pemimpinnya.

“Malaysia menyokong perbincangan lanjut di antara pemimpin-pemimpin Myanmar bagi mengelak kesan buruk kepada rakyat dan negara Myanmar, terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19.

“Susulan keadaan semasa di Myanmar, semua rakyat Malaysia yang berada di Myanmar juga dinasihatkan untuk kekal tenang, berwaspada dan terus mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk penduduk setempat.

“Untuk bantuan kaunselor dan masalah Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, boleh hubungi talian +95 9 772 220 230 atau emel [email protected],” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI