fbpx

Kecoh kerana Damai Kami Sepanjang Hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAMAI menunjukkan kepada pengguna TikTok kad identiti namanya baru-baru ini. – SUARA.COM

JAKARTA – Tular di media sosial baru-baru ini nama unik yang dimiliki oleh seorang pengguna wanita aplikasi TikTok ia­itu Damai Kami Sepanjang Hari.

Nama luar biasa itu menimbulkan keraguan pengguna media sosial sehingga membuatkan mereka meminta wanita berke­naan menunjukkan kad pengenalannya.

Wanita yang dikenali sebagai Damai dan berasal dari Sume­dang, Jawa Barat itu akur de­ngan permintaan pengguna media sosial dan menunjukkan kad pengenalannya menerusi satu video baru-baru ini.

Kad pengenalannya memaparkan nama sebenarnya iaitu Damai Kami Sepanjang Hari.

“Cuba lihat kad pengenalannya. Sebentar ya, saya gunakan kamera belakang. Ini ya, lihat kepada yang tidak percaya,” katanya.

Video TikTok itu mencatat beberapa juta tontonan dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Jadi apa nama panggilannya? Kita? Damai? Sepanjang? Hari? Atau siapa? Jawab ya,” kata salah seorang pengguna aplikasi itu.

Dalam satu video berasingan, Damai memaklumkan nama panggilannya adalah Meimei serta memberitahu pengguna aplikasi itu bahawa namanya diinspirasikan daripada lagu nyanyian Iwan Fals iaitu Damai Kami Sepanjang Hari.

Ayahnya merupakan peminat artis tersebut, malah kesemua adik-beradiknya diberi nama mirip lagu nyanyian Iwan Fals.

Antara nama diberikan kepada adik-beradiknya ialah Ani­ssa Cikal Rambu Anarki yang di­inspirasikan daripada lagu Galang Rambu Anarki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI