fbpx

Jentera penggempur The Red Devils tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI (kanan) mendapat dua peluang terbaik, namun gagal menyempurnakannya ketika United terikat tanpa jaringan menentang Arsenal awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menggesa barisan penyerangnya bekerja lebih keras selepas seri tanpa jaringan menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Pengendali dari Norway itu meluahkan kekecewaan terha­dap ketumpulan jentera se­ra­ngannya pada perlawanan tersebut, terutamanya apabila Edinson Cavani mensia-siakan dua peluang terbaik menjaringkan gol.

Keputusan itu sekali gus me­nyaksikan United terus keting­galan dalam perebutan kejua­raan kepada pencabar terdekat, Manchester City yang gah me­nerajui liga dengan perbezaan tiga mata.

“Sekiranya anda lihat pada aksi menentang Arsenal, Chelsea, City dan Liverpool, kami tidak lepaskan banyak gol tetapi masih kurang tajam dari segi penyudah.

“Selepas ini, saya mahu pe­main-pemain bekerja lebih ke­ras pada sesi latihan. Kami se­patutnya menang hari ini (semalam) sekiranya penyerang tidak mensia-siakan peluang,” ujar Solskjaer.

Justeru, beliau yang juga le­genda United berharap pemain-pemain The Red Devils menunjukkan kebangkitan menjelang aksi menentang Southampton di Old Trafford awal pagi Rabu ini.

“Saya tidak mahu fikir mengenai kejuaraan liga buat masa ini kerana fokus untuk perlawanan akan datang. Kami perlu tunjukkan respons pada aksi seterus­nya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI