fbpx

Empat lelaki terlibat pergaduhan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar Video berdurasi 44 saat memaparkan beberapa laki bersenjatakan parang mengejar kumpulan lain di Taman Juara, Batu 9, Cheras di sini semalam.

KAJANG – Polis berjaya memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dua kumpulan di Taman Juara, Batu 9, Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata,

kesemua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Kajang bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular satu video berdurasi 44 saat memaparkan sekumpulan lelaki membawa senjata disyaki parang dan mencederakan sekumpulan lelaki lain termasuk merempuh beberapa kenderaan di lokasi.

Mengulas perkara itu, jelasnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.37 petang memaklumkan terdapat pergaduhan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang di lokasi berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiga buah kereta telah di tinggalkan sama ada milik suspek atau mangsa.

“Hasil siasatan juga mendapati dua lelaki telah cedera dalam pergaduhan itu dan sedang dirawat di hospital dalam keadaan stabil,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan (KK). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI