NAYPYITAW, Myanmar – Pemimpin Parti Liga Nasional untuk Demokrasi Myanmar (NLD), Aung San Suu Kyi telah ditangkap, kata seorang jurucakap parti.
Penangkapan ini terjadi di tengah- tengah ketegangan antara pemerintah sivil dan tentera yang menimbulkan kebimbangan akan berlaku rampasan kuasa.
Pada pilihan raya pada November lalu, NLD memenangi kerusi yang cukup untuk membentuk pemerintahan tetapi pihak tentera mengatakan bahawa undi itu tidak sah.
Myanmar yang juga dikenali sebagai Burma, diperintah oleh tentera sehingga tahun 2011.
Wartawan BBC Asia Tenggara, Jonathan Head, mengatakan ada tentera di jalan-jalan ibu kota, Naypyitaw dan bandar utama, Yangon.
Talian telefon dan internet di Naypyitaw telah dipotong, lapor BBC Burma.
Askar juga mengunjungi rumah ketua menteri di beberapa wilayah dan membawanya pergi, kata ahli keluarga.
Pada hari Sabtu, angkatan bersenjata Myanmar berjanji untuk mematuhi perlembagaan ketika kebimbangan meningkat bahawa mereka bersiap untuk melakukan rampasan kuasa. -Agensi