DOHA, Qatar – Alkohol akan disediakan kepada peminat bola sepak di stadium-stadium Piala Dunia 2022 tetapi hanya akan dijual kepada mereka yang membeli pakej hospitaliti, kata kontraktor berhubung penawaran premium tersebut.
Di sebalik larangan ketat pengambilan alkohol di negara Islam itu, pengumumkan tersebut membayangkan pihak berkuasa Qatar bersetuju pada dasarnya untuk menyediakan alkohol di tempat-tempat perlawanan bola sepak.
Ia juga merupakan petanda paling jelas bahawa bir dan minuman beralkohol lain akan disediakan kepada peminat bola sepak.
Persoalan penyediaan alkohol pada Piala Dunia membelenggu penganjur, Qatar sejak negara Islam itu memenangi hak tuan rumah kejohanan tersebut pada 2010.
Bercakap pada pelancaran pakej-pakej kejohanan tersebut hari ini, Pengerusi MATCH Hospitality, Jaime Byrom berkata : “Kami menjangkakan bahawa orang ramai akan dibenarkan minum (arak)”
MATCH Hospitality merupakan syarikat yang membekalkan perkhdimatan hospitaliti untuk Piala Dunia 2022. – AFP