fbpx

178 lokaliti keluarga miskin di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Perumahan Rakyat (PPR).

 

PETALING JAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti sebanyak 178 lokaliti keluarga miskin di sekitar ibu negara yang perlu diberi perhatian dan bantuan sewajarnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendapatan keluarga tersebut adalah dibawah Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM2,208.

“Keluarga ini perlu dibantu. Hidup di bandar raya dengan jumlah (pendapatan) itu segalanya jadi tidak cukup.

“Harus ada perancangan khusus untuk mereka,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya melalui laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.

Annuar berkata, maklumat mengenai keluarga miskin di ibu negara akan diselaraskan berdasarkan rekod yang ada pada setiap jabatan dan agensi berkaitan.

Menurut beliau, rekod yang ada pada Kementerian Wilayah Persekutuan lebih 20,000 keluarga, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (23,000) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (13,000).

“Saya percaya angka ini bertindih dan kita berharap ia diselaraskan selepas ini. Kita juga menganggarkan keluar miskin Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar 30,000,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI