fbpx

Wanita 57 tahun rugi RM300,000 ditipu Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang penjawat awam wanita di Butterworth di sini kerugian kira-kira RM300,000 selepas menyedari dia terpedaya oleh sindiket Love Scam semalam.

Mangsa yang masih bujang berusia 57 tahun itu dikatakan terjerat dalam penipuan berkenaan selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya dari Amerika Syarikat menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mangsa telah bertukar-tukar nombor telefon dengan kenalan yang mendakwa bekerja dalam bidang minyak dan gas itu sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp

“Setelah hampir sebulan berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta (maya), individu tersebut mula menceritakan kisah sedih yang menimpanya untuk meraih simpati mangsa.

“Mangsa yang percaya dan bersimpati bersetuju untuk menghulurkan bantuan kepada lelaki itu dengan menawarkan pinjam wang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, mangsa telah membuat bayaran secara berperingkat mulai pertengahan Oktober tahun lalu sehingga akhir Disember menerusi 49 transaksi kepada suspek.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI