fbpx

Stadium MPPG jadi pusat rawatan sehenti dan kuarantin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan mengambil data orang awam yang melakukan saringan pemeriksaan Covid-19 secara pandu lalu di Stadium MBPG, Pasir Gudang, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini dijadikan Pusat Kuarantin & Rawatan Covid -19(PKRC) dan Pusat Sehenti Penilaian Covid – 19 (CAC).

Operasi pusat sehenti itu dibuka berikutan kes penularan Covid-19 di negeri ini meningkat secara mendadak sejak minggu lalu.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan MBPG, pusat sehenti itu mula beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang hari Ahad hingga Rabu.

Hari Khamis pula beroperasi bermula 8 pagi hingga 3.30 petang manakala Jumaat dan Sabtu dan hari cuti umum dibuka pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Perkhidmatan yang diberikan kepada kepada mereka yang datang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk saringan Covid-19, penilaian risiko kes baru Covid positif serta saringan kes baru kontak rapat.

Tinjauan Kosmo! mendapati sejak awal pagi orang ramai terutama pekerja industri berpusu-pusu menjalani pemeriksaan sama di pekarangan letak kenderaan Stadium MBPG.

Terdapat beberapa laluan khas disediakan untuk kemudahan orang ramai antaranya khemah untuk pemotongan gelang dan membuat ujian calitan.

Orang awam dilarang untuk menggunakan laluan dikawasan stadium bagi sebarang aktiviti riadah untuk tujuan keselamatan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI