fbpx

Sempat empat jam berhibur, sebelum diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 20 individu terdiri daripada pelanggan dan pekerja sebuah pusat karaoke di Kota Damansara dikenakan kompaun selepas melanggar arahan PKP 2.0, malam tadi.

PETALING JAYA – Pengunjung sebuah pusat karaoke yang sedang leka berhibur hanya sempat berseronok dalam tempoh empat jam sahaja sebelum kelab yang beroperasi di Kota Damansara itu diserbu polis malam tadi.

Pusat karaoke tiga tingkat itu dikatakan memulakan operasi sekitar pukul 7 malam sehingga lewat pagi dan pelanggan tidak dibenarkan keluar dari premis sehingga lewat pagi bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa.

Dalam operasi bermula kira-kira pukul 11.30 malam itu, 20 individu terdiri daripada pelanggan dan pekerja yang berusia 21 hingga 48 tahun telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, berdasarkan hasil risikan, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menjalankan serbuan ke atas pusat karaoke berkenaan.

“Serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat bahawa pusat karaoke tersebut beroperasi tanpa lesen dan telah melanggar arahan PKP 2.0.

“Ketika pemeriksaan dibuat, kesemua pelanggan didapati sedang leka berhibur. Saringan air kencing ke atas 41 individu yang berada di dalam premis telah dijalankan, 11 individu telah didapati positif dadah jenis metamfetamin,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, katanya, kesemua mereka dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan susulan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI