fbpx

Rayzam belum mahu undur diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYZAM mengakui hanya akan bersara jika sudah ada atlet yang mampu menggantikannya dalam acara berkenaan.

JAGUH 110 meter (m) lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian memasang impian mahu beralih arah dalam bidang kejurulatihan apabila kariernya sebagai atlet profesional berakhir selepas ini.

Bagaimanapun, Rayzam, 33, mengakui, sekarang masih belum masanya untuk me­ngundur diri daripada lapangan olahraga, namun sedia berbuat sedemikian sebaik menemui atlet yang dilihat berpotensi menggantikan tempatnya dalam acara tersebut.

“Saya boleh jadi jurulatih kalau saya berhenti berlari. Namun, apa yang penting adalah mesti ada pengganti dahulu sebelum saya berhenti.

“Perancangannya mungkin Sukan SEA seterusnya adalah yang terakhir kerana umur saya bukan lagi 17 tahun tetapi sekarang sudah melepasi usia 30 tahun.

“Banyak tawaran untuk saya menjadi jurulatih tetapi ramai menghalang kerana mahu saya teruskan selagi badan masih boleh berlari pada tahap ter­tinggi,” katanya.

Sebagai rekod, Rayzam me­rupakan satu-satunya atlet 110m lari berpagar negara yang bukan sahaja mampu mencabar barisan pelari negara-negara lain, malah sudah beberapa kali mendominasi saingan di peringkat Asia Tenggara.

Buktinya, Rayzam sentiasa membawa pulang pingat dalam temasya Sukan SEA dengan dua emas pada edisi 2007 di Thailand dan 2017 (Kuala Lumpur) selain empat perak ketika di Indonesia (2011), Myanmar (2013), Singapura (2015) serta Filipina (2019).

Kehebatan atlet dari Sabah itu masih tidak tercabar di peringkat domestik dan rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 13.67 saat (s) terus bertahan hingga ke hari ini sejak melakukan di Weinhem, Jerman pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI