fbpx

PKPD di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan, Kluang, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan bermula 1 sehingga 14 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD tersebut untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti.

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan situasi peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan.

“Sehingga 29 Januari 2021, KKM telah melaksanakan 198 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 108 kes positif Covid-19 telah direkodkan yang melibatkan 100 tahanan, enam kakitangan dan dua kontak rapat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD di penjara itu juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI