fbpx

Peralatan kilang seramik disita kerana cemar longkang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JAS mengambil sampel sisa industri dari sebuah kilang yang dilepaskan ke dalam longkang awam di Kawasan Perindustriam Kampung Acheh semalam.

LUMUT – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyita peralatan dan kelengkapan yang terdapat dalam sebuah kilang seramik di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh dekat sini kerana melepaskan sisa industri atau efluen tidak dirawat ke dalam longkang awam.

Tindakan itu dilakukan dalam Ops Teras yang dilakukan oleh JAS Teluk Intan di kawasan perindustrian tersebut pada malam semalam dan awal pagi tadi.

Pengarah JAS Perak, Rosli Zul, berkata operasi dan rondaan yang bermula pukul 9.30 malam hingga 1 pagi itu mendapati kilang tersebut sewenang-wenangnya melepaskan efluen tidak dirawat ke dalam longkang.

“Berikutan itu, kilang tersebut dikenakan penahanan peralatan di bawah Seksyen 38 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

“Ia kemudian akan disusuli dengan notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 akta sama terhadap pemilik kilang yang mana kesalahan itu boleh dikompaun atau dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Rosli, sampel pelepasan efluen dari kilang itu akan dihantar ke Jabatan Kimia esok dan keputusan analisis kimia itu penting untuk pengesahan tahap pencemaran yang dilakukan kilang tersebut.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI