PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) berharap agar syarikat-syarikat besar di dalam negara tampil membantu kerajaan menjayakan proses saringan Covid-19 dan vaksinasi yang sedang dan akan dilaksanakan.
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, langkah itu dijangka dapat membantu negara menguruskan ekonomi dengan lebih baik selain membantu pemain industri yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“KSM menyeru para pemain industri untuk memberikan kerjasama dan komitmen kepada kerajaan untuk bersama-sama dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid- 19.
“Ini susulan berlakunya peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini termasuk kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang semakin membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE