MINGGU lalu, pelakon Nadia Brian menarik perhatian umum selepas memuat naik beberapa rakaman video sedang mempelajari dan memperbaiki bacaan al-Quran bersama seorang ustazah secara dalam talian.
Sempat jugalah Diva menonton video yang dikongsi Nadia tentang aktiviti bermanfaatnya dalam InstaStory baru-baru ini.
Difahamkan, selepas berkongsi tentang sesi pembelajaran tersebut, ramai yang mula bertanya, mengapa dia baru hendak belajar mengaji dan membaca Muqaddam.
“Ramai yang tanya, adakah saya baru nak mempelajari mengaji atau Muqaddam.
“Saya harap sangat semua orang dapat mendoakan saya. Sebab saya memang nak belajar balik semua ini,” katanya.
Dia juga merasakan usaha untuk mempelajari semula bacaan iqra dan mengaji adalah sesuatu yang bagus.
Dalam video tersebut, kelihatan dia belajar semua cara sebutan huruf-huruf jawi dengan betul.
Diva memang pujilah usaha Nadia yang berusaha untuk belajar semua ilmu agama. Tidak salah pun belajar sekarang, asalkan rajin,
Tetapi janganlah belajar sehari dua sahaja ya, harapnya berterusan.
DIVA: Bagusnya usaha beberapa selebriti yang terkesan kerana pandemik Covid-19. Ada yang berniaga mi udang dan sotong goreng! Harap laris!