fbpx

Lelaki dakwa jumpa makhluk mentadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FROGGATT menunjukkan lukisan makhluk asing yang ditemuinya. Daily Star

LONDON – Seorang lelaki mendakwa terserempak dengan makhluk asing setinggi 2 meter yang memiliki rupa seperti mentadak di Warwick, England baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Paul Froggart, 26, berkata, dia melihat makhluk asing itu ketika mengayuh basikal untuk pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

“Satu tahu ia kedengaran tidak siuman tetapi saya dapat rasakan ‘perasaan’ makhluk asing itu terhadap saya dan ia begitu jahat.

“Kejahatan itu seperti yang anda rasakan apabila kita menonton dokumentari David Attenborough dan melihat seekor labah-labah memakan lalat,” katanya.

Forggart menyifatkan makhluk asing itu mempunyai tinggi 2 meter, berwarna hijau muda dengan kepala berbentuk segi tiga, dan mata bujurnya berwana hitam.

Ujarnya, ia mempunyai rupa seperti mentadak tetapi berdiri dengan dua kaki, menjadikannya kelihatan seperti manusia.

Pada masa sama, Froggart menafikan dakwaan bahawa dia berada dalam keadaan mabuk atau khayal ketika terserempak dengan makhluk asing itu.

Katanya, dia segera melarikan diri apabila melihat makhluk tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI