fbpx

Kelakar! Sherry Alhadad kenakan scammer salah guna nama Instagramnya jual telefon tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERRY ALHADAD

PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon popular Sherry Alhadad mencuit hati peminat apabila berkongsi gelagatnya menyakat scammer yang menggunakan nama Instagramnya untuk menipu pembeli telefon pintar jenama iPhone.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 37, berkongsi rakaman suaranya yang dihantar kepada akaun palsu berkenaan menerusi Direct Message (DM).

Dalam perbualan tersebut, Sherry secara bersahaja menyakat pengendali akaun berkenaan dengan mengatakan tindakan tidak bertanggungjawabnya sudah menjadi bubur.

“Kenapa kau pakai IG kakak, dik. Kenapa buat macam tu. Kasihan kat kakak. Kakak pun pakai iPhone lama saja, iPhone X. Perisian iCloud pun dah penuh.

“Kadang-kadang tidak boleh ambil gambar sebab memori telefon penuh. Terpaksa padam gambar dan video. WhatsApp pun tersekat sebab terlalu penuh.

“Tak baik buat macam ni. Janganlah tipu kakak macam ni. Kakak tak mampu nak beli Iphone 12, siap ada jam iWatch lagi. Kakak pun tak pakai jam. Kenapa. Kenapa buat macam ni,” ujarnya dalam rakaman perbualan tersebut.

Perkongsian Sherry mencuit hati ramai peminat termasuk rakan artis yang terhibur dengan caranya berdepan penipu meskipun individu berkenaan menggunakan namanya untuk tujuan tidak betul.

Pada masa sama, pengacara Muzik Muzik itu turut menasihatkan peminatnya agar tidak mudah tertipu dengan akaun palsu berkenaan.

“Berbalas mesej dengan scammer jual iPhone tipu guna nama saya. Dia suruh hapus hantaran dalam IG. Hapus apa? Hapuslah air mata?

“Jangan beli telefon di situ ya kalian. Nanti kena tipu, bak kata Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita, ‘sia-sia’ (@maccity_store_iphone),” tulisnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI