fbpx

Kastam rampas rokok seludup RM700,000 dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas rokok seludup bernilai lebih RM160,000 yang melibatkan anggaran cukai sebanyak RM700,000 bagi tempoh sebulan ini.

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd. Rakbi Mat Saud berkata, rampasan itu melibatkan sebanyak 19 kes bagi tempoh tersebut.

“Siasatan mendapati, rokok tersebut dipercayai dibawa masuk secara haram melalui sempadan Sungai Golok dan pesisir pantai negeri ini.

“Rokok itu juga untuk pasaran tempatan dan luar negeri Kelantan khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kastam juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu yang turut melibatkan sitaan kenderaan jenis lori dan kereta yang membawa rokok tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI