KUALA SELANGOR – Penduduk di sekitar daerah ini dikejutkan dengan kehadiran ratusan ikan pari terdampar di Pantai Sungai Kajang di sini, semalam.
Kejadian itu tular menerusi video dan beberapa keping gambar di laman Facebook memaparkan orang ramai mengambil kesempatan ‘mengaut’ hasil terpijak yang sehingga kini belum diketahui puncanya.
Beberapa netizen juga menganggapnya adalah rezeki kepada nelayan dan tidak kurang juga mengaitkannya dengan kejadian tsunami.
“Semoga menjadi rezeki kepada semua nelayan yg berdekatan,” kata pengguna laman itu, Ridhauddin Tahir.
Seorang pengguna, Lala Lula menegaskan perkara itu menimbulkan kehairanan berikutan fenomena itu sering dikaitkan dengan ikan bersaiz kecil.
“Kalau kata hendak tsunami semua ikan-ikan kecil akan naik ke darat tetapi ni pari je. Kenapanya?,” katanya. -K! ONLINE