fbpx

Dua daerah di Kapit akan laksana PKP bermula Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Song dan Daerah Kapit, Bahagian Kapit, Sarawak selama 14 hari bermula 2 sehingga 15 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua daerah itu menunjukkan peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh 14 hari dengan kadar keberjangkitan yang tinggi.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di Daerah Song yang sebelumnya merupakan Zon Hijau dengan 93 kes telah direkodkan.

“Manakala di Daerah Kapit, kes telah meningkat dari tiada kes kepada 31 kes positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKP ini sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini dan orang ramai boleh merujuk laman sosial Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk SOP yang terperinci. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI