fbpx

Cubaan PATI bolosi perairan negara digagalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan yang dilakukan ke atas bot tongkang tersebut telah menemui seramai 25 orang PATI yang cuba membolosi perairan negara.

PETALING JAYA – Kecekapan pasukan keselamatan di perairan tanah air mengesan serta memintas sebuah tongkang awal pagi tadi berjaya mematahkan cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk ke dalam negara.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi satu kenyataan berkata, kehadiran sebuah tongkang disyaki membawa PATI dari Indonesia itu dikesan pada pukul 1 pagi tadi kira-kira 4 batu nautika tenggara Pulau Angsana.

“Hasil usaha gabungan tiga agensi iaitu TLDM, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sektor 5 di bawah Ketua Gugus Tugas PPM Selangor telah berjaya mengesan dan seterusnya melakukan pemeriksaan terhadap tongkang tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seramai 25 orang PATI cuba membolosi perairan negara dan tindakan mengusir tongkang tersebut keluar dari perairan negara telah diambil,” ujar kenyataan itu.

Antara aset terlibat dalam operasi pengusiran berkenaan adalah bot RHIB R 2007 milik TLDM, bot RH 10 dan bot Seahawk milik PPM serta bot Penggalang 41 milik APMM.

Jelasnya, bot RHIB R 2007 milik TLDM kekal mengiringi dan mengusir tongkang dari Indonesia itu melepasi sempadan perairan negara sehingga pukul 6.53 pagi tadi.

“TLDM sentiasa memperkasakan Ops Benteng melalui kerjasama pelbagai agensi ‘Maritime Component Commander’ di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi PATI.

“Kehadiran pelbagai aset keselamatan di laut yang beroperasi 24 jam seminggu adalah bagi mengekang kemasukan PATI dan mencegah penularan pandemik Covid-19,” tegasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI