fbpx

Bukan fenomena alam tapi tangkap guna pukat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pukat yang dipacak di dasar berlumpur di perairan pantai yang dipercayai merupakan zon konservasi benih anak ikan.

SHAH ALAM – Kemunculan ikan pari dalam kuantiti yang banyak di pantai Sungai Kajang, Kuala Selangor yang tular sejak Jumaat lalu tiada kaitan dengan sebarang fenomena alam.

Pengarah Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, sebaliknya tindakan sekumpulan nelayan yang menggunakan pukat dipacak pada dasar berlumpur di perairan pantai itu.

Katanya, hasil tangkapan yang dilaporkan kira-kira 1,450 kilogram dianggarkan bernilai RM 17,520.00.

“Tiada kaitan fenomena alam dengan kawasan tepi pantai menjadi kawasan ikan itu bermain. Cuma kebetulan kelmarin, banyak ikan pari di lokasi itu.

“Nelayan tradisi berpangkalan di Jeti Sungai Kajang, Tanjung Karang telah dilaporkan berjaya menangkap sekawan ikan pari menggunakan pukat yang dipacak pada dasar berlumpur di perairan pantai Sungai Kajang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI