fbpx

Bendera, gegantung Wilayah Persekutuan hiasi Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perumahan penjawat awam di Putrajaya kelihatan dihiasi dengan bendera Wilayah Persekutuan bagi menyemarakkan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2021 yang bakal disambut 1 Februari ini biarpun negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19 di sini, hari ini.- GAMBAR HIASAN Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Meskipun masih berdepan situasi penularan Covid-19, kemeriahan sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini tetap dapat dirasai di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Tinjauan Kosmo! di sekitar kawasan perumahan penjawat awam di Putrajaya mendapati premis kediaman mereka dihiasi dengan gegantung dan bendera Wilayah Persekutuan sebagai simbolik meraikan Hari Wilayah Persekutuan 2021 dalam norma baharu.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain berkata, pihaknya memperuntukkan pembekalan lebih 10,000 unit bendera dan gegantung Wilayah Persekutuan bagi Program Pengindahan dan Pengimarahan Putrajaya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini.

Menurutnya, lebih 1,000 unit gegantung dipasang di jalan protokol, jalan persekutuan dan perbandaran.

“PPj juga mengedarkan 8,450 unit bendera kepada MPPWP dan 25 sekolah di Putrajaya sebagai galakan penganjuran Pertandingan Kibar Bendera Wilayah Persekutuan tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, PPj turut mengalu-alukan penduduk berkongsi video kreatif sambutan di media sosial masing-masing menggunakan hashtag #WilayahPersekutuanWilayahPrihatin #kibarbenderaWP #SHWP2021.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI