fbpx

Banyak kesan cedera baru, lama pada badan Adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar mangsa termenung yang dirakam jirannya di Taman Krubong Jaya, Melaka baru-baru ini.

MELAKA – Hasil bedah siasat selama hampir 11 jam dijalankan terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun yang maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, kelmarin menemui banyak kesan kecederaan di kepala dan belakang badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, bagaimanapun pihak polis masih menunggu laporan penuh siasatan berhubung punca sebenar kecederaan tersebut.

“Hasil bedah siasat telah selesai dijalankan, namun kita masih belum menerima laporan penuh kerana doktor masih menunggu maklumat lanjut daripada bahagian makmal untuk mengesahkan punca kematian.

“Bagaimanapun kita dimaklumkan memang ada kesan kecederaan terutama di bahagian kepala dengan terdapat kesan luka baru sebesar tiga sentimeter.

“Selain itu, terdapat juga kesan luka baru dan lama diseluruh anggota termasuk di belakang badan,” katanya ketika sidang media di pekarangan luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka di sini, hari ini.

Mohd. Sukri

Jelasnya, maklumat makmal itu merangkumi hasil dapatkan dari spesimen yang diambil termasuk dari bahagian paru-paru, jantung, hati dan bahagian abdomen lain.

Katanya, setakat ini, pihaknya yakin kecederaan itu berpunca daripada objek tumpul.

“Kita masih menyiasat sama ada mangsa memperoleh kecederaan itu disebabkan dia terjatuh atau perlakuan mana-mana individu (didera).

“Kita juga masih belum dapat mengesahkan sama ada kanak-kanak itu mati akibat lemas seperti yang didakwa bapa tirinya ketika membuat laporan, kelmarin,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan kanak-kanak tersebut telah lama meninggal dunia.

“Berdasarkan keadaan fizikal mangsa ketika ditemui, dia dianggarkan baru sahaja meninggal dunia, kira-kira kurang dua jam.

“Semua dakwaan netizen mengatakan kanak-kanak itu telah lama meninggal dan badannya kembung serta sebagainya adalah tidak benar,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tuntutan jenazah, Mohd. Sukri berkata, jenazah kanak-kanak itu akan diserahkan kepada waris untuk proses pengebumian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI