fbpx

Takdir Yang Tertulis menyakitkan hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Takdir Yang Tertulis.

Nama Nad Zainal kembali menjadi bualan hangat netizen dalam Twitter selepas sekali lagi memukau penonton dengan lakonan hebat menerusi drama terbaharu, Takdir Yang Tertulis.

Rata-rata warga maya berpendapat lakonan kesemua pelakon drama tersebut mempunyai keserasian yang sangat baik dan setiap dialog yang dilontarkan berjaya sampai ke jiwa penontonnya.

Drama yang baru bersiaran sejak 21 Januari lalu itu berkisarkan tentang Juweta lakonan Nad yang ditipu selama tujuh tahun oleh suaminya, Azlan (Nazim). Azlan rupa-rupanya telah berkahwin dengan sahabat baik mereka iaitu Ruhila (Elvina).

Lebih hebat, tiga episod awal karya hebat arahan Shahrulezad itu sohor kini dalam Twitter selama tiga hari berturut-turut.

Netizen bagaimanapun mendakwa jalan cerita Takdir Yang Tertulis mempunyai persamaan dengan drama popular Korea, The World of the Married kerana kedua-duanya berkisarkan tentang isu kecurangan suami.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI