fbpx

Sembelih kucing jadi makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PegAWAi dan anggota polis datang memeriksa rumah yang didakwa menjadi lokasi menyembelih kucing untuk dijual dagingnya. – alvi/digtara

JAKARTA – Penemuan beberapa karung berisi bangkai kepala dan badan kucing di Medan, Indonesia mencetuskan kekecohan apabila ia dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini.

Menurut laporan Suara.com, pemilik akaun Instagram menggunakan nama @soniarizkikarai menemui karung guni berisi bangkai itu ketika mencari ku­cingnya yang hilang.

Sonia menerima maklumat bahawa kucingnya yang bernama Tayo ditangkap dan dimasukkan ke dalam karung guni oleh seorang penduduk di kawasan itu.

“Setelah bertanya kepada masyarakat sekeliling jika terlihat kucing saya, seseorang memberitahu bahawa ada penduduk di situ yang sering mengambil kucing untuk disembelih.

“Daging kucing yang disembelih biasanya dijual pada harga 70 ribu rupiah (RM20) sekilogram,” katanya.

Dia memberanikan diri berkunjung ke rumah individu yang dikatakan itu, terletak di Tangguk Bongkar, Medan Denai dan berjumpa tukang sembelih tersebut.

Lelaki itu tanpa berselindung memberitahu Sonia bahawa dia menjual daging kucing dan me­nunjukkan karung berisi bangkai kucing.

Salah seorang penduduk setempat , Anggiat Sipahutar memberitahu bahawa memang ada seorang warga di situ yang kerjanya menyembelih kucing.“Di sini memang ada kerja menyembelih kucing kerana terdapat permintaan untuk daging binatang itu.

“Biasanya daging kucing itu dijual atau disimpan sebagai makanan oleh penyembelih kucing,” katanya.

Kes itu sudah dilaporkan di Balai Polis Medan Area dan beberapa anggota polis sudah mengunjungi lokasi yang dikatakan menjadi medan sembelihan ku­cing tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI