fbpx

Sainz uji jentera Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ melakukan ujian sulung bersama jentera Ferrari di Litar Fiorano awal pagi semalam. – TWITTER SCUDERIA FERRARI

FIORANO, Itali – Pelumba Sepanyol, Carlos Sainz lega apabila melepasi ujian pertama bersama pasukan baharunya, Ferrari di Litar Fiorano awal pagi semalam.

Sainz yang berpindah daripada McLaren untuk menggantikan tempat juara empat kali, Sebastian Vettel menjalani ujian memandu jentera Ferrari SF71H spesifikasi 2018 dengan melakukan lebih 100 pusingan.

Sainz mengakui gembira apabila sesi percubaan tersebut berjalan dengan lancar selain tidak sabar untuk mengujinya sekali lagi.

“Saya tidak akan lupa detik-detik sejarah ini kerana ia merupakan pengalaman pertama bersama Ferrari. Saya gembira telah berjumpa dengan pasukan dan tidak sabar untuk menguji jentera 2021 nanti.

“Bagi saya sesi ujian ini memberi peluang kepada saya untuk membiasakan diri dengan lebih cepat bersama jentera, suasana bersama pasukan dan prosedur yang lebih jelas,” katanya.

Sainz akan menyelesaikan program ujian lengkap dalam usaha untuk mendapatkan rentak terbaik bersama Ferrari sebelum musim perlumbaan bermula.

Sainz akan diberi peluang untuk mencuba jentera Ferrari 2021 iaitu SF21 ketika ujian pramusim yang berlangsung di Bahrain dari 12 hingga 14 Mac depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI