fbpx

Program saringan Covid-19 pekerja asing diperluas ke seluruh negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan,

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meluaskan skop Program saringan Covid-19 bagi pekerja asing ke seluruh negara bermula 2 Februari ini dengan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM54 juta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata,  program itu dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama klinik-klinik swasta di seluruh negara.

Beliau berkata, ujian saringan itu menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dengan kos bagi kit ujian dibiayai oleh Perkeso.

“Majikan hanya perlu membiayai kos perkhidmatan yang dikenakan oleh klinik atau hospital.

“Bagi pekerja asing yang bukan pencarum Perkeso, kos saringan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata, keperluan menjalani saringan Covid-19 itu diwajibkan oleh kerajaan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Pematuhan kepada keperluan ini akan dipantau oleh pihak kementerian,” katanya.

Katanya, senarai klinik yang menawarkan saringan Covid-19 di bawah program itu boleh didapati di  Portal Program Saringan Prihatin (https://psp.perkeso.gov.my).

Selain itu, maklumat lanjut berkenaan program tersebut termasuk senarai klinik akan dikemas kini di Portal PSP (https://psp.perkeso.gov.my) dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel [email protected] atau talian hotline 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.

Pada 28 November tahun lalu, KSM memaklumkan akan melaksanakan program saringan Covid-19 bagi pekerja asing secara bersasar berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan pekerja asing yang tinggi.

Katanya, ujian saringan itu akan dijalankan secara berjadual dan berperingkat dengan memberi tumpuan kepada daerah-daerah berisiko tinggi mulai 1 Disember tahun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI