fbpx

Jiran nampak Adik kerap termenung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar mangsa termenung yang dirakam jirannya di Taman Krubong Jaya, Melaka baru-baru ini.

MELAKA – Jiran kanak-kanak yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya semalam mendakwa mangsa kerap dilihat termenung di rumah keluarganya.

Gadis yang enggan dikenali itu berkata, dia turut merakam gambar mangsa selepas beberapa kali melihat kanak-kanak itu termenung di bahagian hadapan dan belakang rumah.

“Saya sengaja merakam gambarnya (mangsa) pada minggu lalu. Saya ada melambai tangan ke arahnya, namun tidak dibalas sebaliknya dia masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui di Taman Krubong Jaya di sini semalam.

Ibu gadis itu pula mendakwa, dia mendapat tahu tentang nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu selepas berkongsi gambar mangsa dengan keluarga angkat sebelum tular di Facebook.

Artikel berkaitan : Kanak-kanak tujuh tahun maut didera ibu kandung, bapa tiri

Artikel berkaitan : Suami isteri direman tujuh hari

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga angkat kanak-kanak itu dan kebetulan anak saya pernah merakam gambar arwah termenung, jadi saya kongsikan gambar itu dengan mereka,” katanya.

Gambar mangsa yang termenung di tingkap rumahnya itu turut menjadi tular di laman sosial Facebook, petang tadi.

Mengulas lanjut mengenai sikap mangsa, keluarga itu berkata, arwah pernah dilihat bermain dengan dua adiknya di kawasan pekarangan rumah.

“Kami sekeluarga bekerja dan pulang lewat petang. Sekali sekala nampak dia (mangsa) bermain, ada juga terdengar suara budak menangis, tetapi tidak kerap,” katanya.

Wanita itu mengetahui mangsa meninggal dunia selepas melihat kehadiran ambulans sebelum dimaklumkan kanak-kanak itu lemas dalam tong air.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI