fbpx

Lelaki mati depan komputer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditemui mati di dalam sebuah rumah di Taman Jambu Mawar, Bukit Mertajam malam tadi.

SEBERANG PERAI – Bomba terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah di Taman Jambu Mawar, Bukit Mertajam di sini malam tadi selepas penghuninya didapati tidak sedarkan diri dalam keadaan pintu rumah terkunci.

Perkara itu disedari jiran mangsa sebelum menghubungi bomba kira-kira pukul 9.30 malam.

Difahamkan, ketika ditemui, mangsa berusia 60-an yang dipercayai tinggal bersendirian itu berada di ruang tamu dalam keadaan duduk di atas lantai menghadap sebuah komputer riba.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima laporan oleh jiran mangsa yang memaklumkan pintu rumahnya terkunci dan dikhuatiri telah meninggal dunia.

“Bomba memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas sebelum mendapati seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di dalam rumah.

“Dia disahkan telah meninggalkan dunia oleh wakil Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda itu tamat pada pukul 10.07 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI