MOSCOW – Bintang seni bela diri campuran dunia, Khabib Nurmagomedov mendapat tawaran rasmi menyertai pasukan Liga Bola Sepak Profesional (PFL) Rusia, FC Kamaz.
Atlet berusia 32 tahun tersebut membuat keputusan untuk bersara daripada saingan UFC tahun lalu dan menegaskan ingin menjadi pemain bola sepak profesional serta bersedia untuk menyertai mana-mana pasukan.
Sebuah kelab yang beraksi Liga Ketiga Rusia, FC Kamaz bersetuju menawarkan Khabib untuk menjalani debut pertama ketika sesi pemilihan nanti.
“Kami menawarkan Khabib untuk debut pertama dalam pasukan ini. PFL adalah ‘UFC’ bagi bola sepak, kami bermain setiap perlawanan hanya untuk menang.
“Pasukan memasang impian tinggi untuk memasuki Liga Bola Sepak Kebangsaan Rusia (FNL),” kat FC Kamaz dalam satu kenyataan.
FNL adalah saingan divisyen kedua di Liga Rusia dan Kamaz kini berada di kedudukan keempat dalam saingan Liga PFL.
FC Kamaz juga menawarkan Khabib untuk mengambil bahagian pada sesi latihan selama tiga minggu di Novorossiysk bermula 12 Februari hingga 5 Mac depan.
“Kami sudah mempersiapkan sijil buat Khabib, jika dia menyertai Kamaz, minggu depan dia boleh menyertai latihan secara sepenuh musim,” ujarnya. – AGENSI