fbpx

Gadis maut motosikal bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang remaja perempuan di kilometer 14.5, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Hentian Tinggi Pedas, dekat sini, pagi tadi.

REMBAU – Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa setelah terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 14.5, Jalan Seremban-Tampin berhampiran Hentian Tinggi Pedas di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Maznur Hidayah Mazli, 19, dari Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dua jam kemudian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Anuar Bakri Abdul Salam, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal yang ditunggang mangsa jenis Honda dan treler yang dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin. Setibanya di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan di kawasan selekoh.

“Mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian hadapan treler,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Anuar berkata, mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan pagi tadi dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI