fbpx

Empat beradik tabah kongsi telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Fazrin Natasha (tengah) membantu adik-adiknya mengikuti PdPR menggunakan telefon bimbit di rumah mereka di Jalan Desa Baru, Kampung Sawah, Pekan Nanas, Pontian semalam.

PONTIAN – Seorang pengawal keselamatan terpaksa akur de­ngan kesukaran yang dialami empat anaknya apabila terpaksa berkongsi dua telefon bimbit bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak minggu lalu.

Ahmad Jati Mohd. Yusof, 51, berkata, dengan gaji sebanyak RM1,600 yang diterima, amat mustahil untuk dia membeli komputer buat empat anaknya.

Katanya, dia sedikit lega apabila seorang lagi anaknya iaitu Nur Fazrin Natasha, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan hadir ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

“Kalau boleh saya mahu setiap anak mempunyai gajet atau telefon, tapi apakan daya kerana gaji sebagai pengawal keselamatan hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Desa Baru, Kampung Sawah, di sini, semalam.

Ahmad Jati berkata, empat anaknya yang perlu mengikuti PdPR ialah Intan Zahira, 14, Nur Qamaria Fatihah, 10, Mohd. Zharif Haiqal , 8, dan Nuriy Naziha, 7.

“Mereka berempat berkongsi telefon saya dan isteri, Rohaya Taib, 40, secara bergilir mengikut tugasan yang diberikan guru.

“Bagi tujuan itu, saya dan isteri masing-masing membeli data internet sebanyak RM35 sebulan bagi memastikan anak-anak­nya dapat menerima pelajaran secara online.

“Saya ada juga bercadang untuk membeli Wi-Fi daripada pembekal Yes tetapi tidak sesuai kerana tiada akses di kampung kami,” ujarnya yang mempunyai seramai tujuh orang anak.

Jelas Ahmad Jati, anak sulungnya, Nurfahana Azida, 22, menghidapi penyakit TB Mignetis akibat demam panas sejak berusia 15 tahun, manakala anak bongsu Mohammad Luqmanhusaini masih berusia 4 tahun.

Katanya, Nurfahana Azida mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan serta daripada Baitumal sebanyak RM400 yang akan tamat pada penghujung bulan April ini

Mengenai kehidupan keluar­ganya, Ahmad Jati memberitahu, dia membelanjakan RM1,000 daripada gaji yang diterimanya digunakan untuk perbelanjaan harian termasuk duit saku untuk anak-anaknya yang bersekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI