fbpx

Ahmad Said dan isteri sembuh Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad dan Norliza dibenar keluar wad selepas 10 hari dirawat akibat Covid-19 di HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KEMAMAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri pulih daripada Covid-19 selepas 10 hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu dan isteri, Toh Puah Seri Norliza Mahmud dibenarkan keluar wad pada pukul 6.30 petang tadi.

Sebelum ini, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal dan isteri dimasukkan ke dalam wad HSNZ berikutan positif Covid-19 pada 19 Januari lalu.

“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sudah mula sembuh daripada gejala Covid-19 yang sebelum ini menyebabkan saya kurang deria rasa dan bau serta (mengalami) batuk.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih saya ucaplam kepada seluruh warga HSNZ yang telah memberi rawatan terbaik kepada saya dan keluarga,” katanya menerusi akaun Facebooknya di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI