fbpx

Aeril Zafrel dah boleh peluk isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AERIL ZAFREL bersama isteri dan anak-anaknya.

PETALING JAYA – Pelakon Aeril Zafrel mengesahkan dirinya kini bebas daripada jangkitan virus Covid-19.

Pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu memaklumkan perkara gembira tersebut menerusi satu hantaran Instagram semalam.

Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, dia berterima kasih atas semua doa yang titipkan oleh semua pihak kepadanya.

Dalam foto tersebut, dia dilihat bergambar bersama isteri yang juga pelakon, Wawa Zainal dan tiga anak mereka.

“Alhamdulillah atas doa anda semua.

“Semalam hari terakhir (Khamis) saya menjalani kuarantin kendiri di rumah. Akhirnya boleh memeluk mereka (keluarga) seperti biasa,” katanya dalam entri tersebut.

Terdahulu, Kosmo! pada 21 Januari lalu melaporkan Aeril disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan pada 20 Januari.

Dia kemudiannya menjalani tempoh kuarantin kendiri di rumahnya sendiri selama 10 hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI