fbpx

62 sukarelawan terawal terima suntikan vaksin di HSAH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HSAH, Dr. S. L. Vijaya Kumar (kiri) bersama seorang sukarelawan di HSAH hari ini.

SUNGAI PETANI – Seramai 62 sukarelawan menjadi kumpulan pertama di negara ini menerima suntikan vaksin bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Mereka merupakan antara 3,000 sukarelawan dari seluruh negara yang mendaftar untuk menerima vaksin tersebut di sembilan hospital terpilih.

Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HSAH, Dr. S. L. Vijaya Kumar berkata, sukarelawan yang menerima suntikan hari ini adalah kumpulan pertama yang terpilih selepas melalui tapisan dan saringan ketat kesihatan pada Khamis lalu.

“Sukarelawan terlibat berusia 18 tahun ke atas dan telah menjalani ujian saringan Covid-19, ujian darah serta tidak mempunyai penyakit kronik yang antaranya terdiri daripada mahasiswa, pekerja sektor swasta dan bekerja sendiri.

“Mereka menerima suntikan pertama pada lengan hari ini manakala suntikan kedua akan dibuat dalam tempoh selang 14 hari, selain wajib hadir ke hospital selama enam minggu untuk pemantauan,” katanya di HSAH hari ini.

Tambahnya, sukarelawan terbabit juga akan diselia selama tempoh setahun dan perlu menjalani ujian lain untuk mengetahui kesan suntikan melalui kajian pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI