fbpx

250 naskhah Kosmo!, Utusan Malaysia untuk petugas PKRC MAEPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH PKRC MAEPS, Dr. Shahabuddin Ibrahim (tengah), Madeline (tiga dari kanan) dan Pengurus Pengedaran Media Mulia Sdn. Bhd., Mohammad Fahmi Asraf Khan (dua dari kanan) bergambar pada penyerahan sumbangan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia di Serdang kelmarin.

SERDANG – Syarikat Jalur Beringin Sdn. Bhd. menaja sebanyak 250 naskhah akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini kelmarin.

Selain akhbar, turut disampaikan sumbangan sebanyak 2,400 botol air mineral kepada petugas di PKRC berkenaan.

Pengarah Urusan Jalur Beringin Sdn. Bhd., Madeline Urai Ajang berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

“Pihak kami rasa bertanggungjawab membantu meringankan beban petugas barisan hadapan yang berkorban demi menyelamatkan nyawa orang ramai.

“Banyak sumbangan mereka dalam memastikan negara berada dalam keadaan terkawal daripada penularan wabak ini,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut beliau, pemilihan PKRC itu dibuat kerana kedudukannya yang strategik dan merupakan antara pusat pemulihan terbesar yang menempatkan kira-kira 3,000 pesakit.

Jalur Beringin juga komited dalam usaha melawan penularan Covid-19 dan mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Marilah kita bersama-sama membantu barisan hadapan melandaikan jangkitan Covid-19 di negara ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI